RSS

mymode

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

raya09

raya09

my wedding day

my wedding day





qasrina buat canai...



SELAMAT DATANG KE DARO dari Dao eh Enterprise




Asalamualaikum!!!
Terima Kasih kepada yg sudi melawat Blog saya yang tak seberapa ini.
Dan Terima Kasih juga kepada peminat peminat Roti Canai Saya yang berada di Kawasan
Daro dan kawasan kawasan yang berdekatan dengannya.

Selamat Datang Ke Pekan Daro.
Bila tuan tuan dan puan puan datang ke tempat yang bernama Daro,singgah2 lah di tempat saya
menjual Canai.Kenapa!!!tak tau tempat,....Ooooo.......Senang je.Bila dah sampai ke Pasar Daro,cari je AgroBank,kat kedai sebelah tu lah tempat saya menebar nebar benda yang bernama Roti Canai.
Menu lain pun ada jugak seperti Cakoi,Donat Comel,Mee Goreng,Mee Jawa,Nasi lemak dan pelbagai lagi pilihan lain.Selamat Mencuba.

ROTI CANAI SEGERA,
Saya juga ada memproses roti canai segera.Harga sebungkus murah je.cuma rm3.00 je.Kandungannya 5 keping.Canai segera saya cepat di goreng sedap di makan,lembut dan enak di makan dengan kari dhal,kari sapi,kari ayam,kari kambing,susu dan lebih sedap lagi di makan dgn sambal nasi lemak.Saya rasa cara mengoreng canai segera tu,...mungkin semua dah tau,...tak payah lah saya nak ajarkan.walau macam mana pun bagi yang belum tahu atau tak tau macam mana nak memanas/mengoreng canai segera tu.Boleh lah datang sendiri ke tempat saya menjual canai sebelah agrobank tu,terutama yang berdekatan dengan Daro.

WAKIL JUALAN/AGEN
Kepada yang berminat untuk menjadi wakil penjual di alu-alukan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian hp : 0135717005 atau datang sendiri ke Lokasi Jualan Kami.

SENARAI WAKIL PENJUAL CANAI SEGERA KAMI/LOKASI.
Kawasan Daro.

1.Pertubuhan Peladang Daro.
Pasar Daro

2.Juara Enterprise
Pasar Daro.Simpang Tiga.
(May jauk keman Petronas/Shell)

3.Syarikat Syafaat
Belakang Pasar Daro
(Keday idak bejajah rempah du)

4.Syarikat An'nur
Jalan Daro/Matu.
(Gerai Nuar du Tao Melo?)
Ais lady gidun Dao nyam.

5.Gerai Kak Bibah
Jalan Bina Daro.
(Segak Lebuk Kerajaan )

"SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENCUBA"

BELAJAR/KURSUS MEMBUAT ROTI CANAI(Kepada yang berminat)